Assalamualaikum....
Terima kasih untuk sahabatku semua....
Di bawah satu bumbung kita semua berteduh....
Ceria dan duka dikongsi bersama...
Gurau senda umpama resepi harian kita....
Masih ingatkah dikau semua....
Memori semalam....
Tahniah buat semua atas segalanya....
UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....
-IMAM AL GHAZALI-
Sunday, January 28, 2007
Nota untuk para sahabat
Nota untuk emak
Assalamualaikum....
Khas untukmu emak...Tiada ungkapan yg mampu anakmu ini ungkapkan bg menggambarkan betapa pentingnya dikau dalam hidupku....
Of all I have....You are still my precious....
Thursday, January 25, 2007
Ilmu yang membahagiakan
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...dengan izin-Nya, aku gagahkan jari-jemariku ini untuk menulis di warkah ukhuwah kali ini. Demam & batuk2 yg aku alami kali ini seolah-olah petanda dari Allah SWT untuk aku muhasabah kembali diri ini. Azam yg ingin aku gapai untuk Maal Hijrah 1428 begitu mujahadah untuk ditempuhi...
"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yg beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yg demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat" -AnNur: 30-
Minggu ini ade banyak Mid Term Test untuk aku tempuhi. Satu demi satu 'paper' yg aku hadapimenguji keimanan & keyakinan aku kepada bantuan-Nya. Ade satu paper yg mampu membuat aku menangis, Alhamdulillah aku masih mampu untuk gagahkan diri ini tersenyum di hadapan sahabat-sahabatku...
"Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagaimatlamat, nescaya semua kesedihan, kepedihan & kecemasan itu akan lenyap"
-La Tahzan-
"Dan berdoalah dengan ucapan :'Wahai Tuhanku, tambahlah ilmuku'." -Taha :114-
Wednesday, January 24, 2007
Ubat oh ubat...
Assalamualaikum....
Alhamdulillah...syukur kerana diri ini masih lg diberi peluang oleh Allah SWT untuk mencoret sesuatu di warkah maya ini...
Semalam aku telah pergi ke dispensari Uniten bg mendapatkan ubat demam & batukku yg kian berlarutan ini. Itupun setelah aku di'marahi' oleh bonda di kampung. Bukan ape, memang aku cukup fobia dgn ubat dan klinik...hehe... "Allahu Akhbar"...itulah laungan seorang 'bayi' yg takut makan ubat...peace v(^_^)v
Narrated in the Sahihan that the Messenger of Allah said, "Allah has not sent down a disease except that He has also sent down its cure."
Sunday, January 21, 2007
Jalan dakwah itu penuh mujahadah
Aku terhibur dgn telatah pelajar2 cilik tahfiz dalam jemaah kami. Lantas mengingatkan daku pd adikku di kampung yg baru sahaja belajar hidup di asrama. Masih segar dalam ingatanku, sebelum tidur pelajar2 cilik tahfiz ini mengajak aku membuat halaqah Quran & menyemak hafazanku dalam Surah Al Mulk. Pernah terdetik di hati ni utk mempunyai zaujah @ anak dari kalangan Hafiz @ Hafizah....Ameen = )Aku Terlena...
Assalamualaikum.....
Aku terlena di atas meja study pada petang Jumaat....Mungkin kerana terlalu letih study for test next week.... Alhamdulillah, aku masih sempat bangun sebelum tibanya Awal Muharram.
Walaupun tidak sempat berdoa Akhir Tahun di masjid bersama2 Imam...namun Allah masih pilih daku untuk bersama Imam membaca doa Awal Tahun dan membaca Yaasin pd selepas Maghrib.
"Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yg tunduk taat iaitu orang-orang yg apabila disebut nama Allah gerun-gentarlah hati mereka" (Al-Haj:34-35)
Friday, January 19, 2007
Maal Hijrah
Wednesday, January 17, 2007
Lembaran Baru Kehidupan
Assalamualaikum....
Lembaran 1427 Hijrah kian sampai ke penghujungnya....
Walaupun kenangan manis dan pahit umpama resepi 1427....namun semuanya itu bakal menjadi kenangan semata-mata....
Kini lembaran baru 1428 Hijrah bakal bermula....
DI SINI SEGALANYA BERMULA....
ALLAH KNOWS BEST FOR ME....
"Sekelian makhluk yang ada di langit dan bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya..."
-Ar Rahman : 29-
Same2 kite bermohon kepada Allah, moga kehadiran 1428 Hijrah membawa keberkatan dalam hidup ini...ameen.....
Tuesday, January 16, 2007
Di Sini Segalanya Bermula
Assalamualaikum....
Lembaran baru 1428 Hijrah bakal tiba...
Kehadiran weblog ini....walaupun ringkas, namun sebagai langkah baru dalam hidup aku....
Moga azam kali ini dapat digapai...insyaAllah......
-tinta ukhwah-





