Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat dan kurnia-Nya dapat bertemu kembali di serambi ukhuwah ini. Hampir bersawang nampaknya blog ini kerna agak lama tidak update. Bukan ape, saban hari daku dibebani kerja yg tiada penghujungnya. Bukan ini yg daku pinta. Teringin sgt diri ini diberi peluang untuk belajar dan mengkaji segala ilmu yg belum lg diterokai oleh Negara kita. Kala ini, kita hanya bergantung pada Barat & Timur dalam bidang ilmu dan teknologi. Di manakah zaman kegemilangan Ilmuan-Imuan Islam yg satu ketika dulu menjadi rujukan seluruh dunia. Sama-sama kita ambil iktibar….
Alhamdulillah…Tanggal 23 June yg lepas telah genap setahun daku bekerja di TNB. Moga rezeki yg dicari mendapat redha & barakah dari-Nya. Aku telah menyempurnakan zakat pendapatan di Selangor kerna yakin akan halatuju sumbangan tersebut. Moga Allah SWT redha… Permohonan daku untuk berpindah ke unit lain dalam TNB juga telah disokong dan diluluskan oleh pihak pengurusan. Hanya menanti surat rasmi untuk daku melapor diri pada 27 Julai ini di Stesen Janakuasa Pasir Gudang. Alhamdulillah, setelah sekian lama merantau & berbakti di negeri orang, tiba masanya daku berkhidmat membanting tenaga di negeri tanah tumpah darahku, Johor Darul Ta’zim. Moga suasana kerja yg baru & pihak pengurusan yg baru dapat memberi daku sedikit ruang untuk belajar & mencari kedamaian… InsyaAllah….
Alhamdulillah bertemu kembali di warkah maya ini. Kala ini, daku masih lg kelesuan setelah pulang dr bekerja. Tambahan pula, kaki kanan ini kembali sakit atas izin-Nya...Moga ALLAH memberi keinsafan dan pengajaran kpd insan yg menganianya diriku.
Everyday is Father's Day...Everyday is Mother's Day... Setiap saat, setiap detik, kita tidak pernah terlepas dari tanggungjawab utk berkhidmat dan berbakti kepada kedua2 ibu bapa. Tanggal 21 Jun yg lepas merupakan Hari Bapa yg disambut seluruh dunia. Aku dedikasikan posting kali ini utk bapa tersayang...Bukan ape, posting Hari Ibu telah aku abadikan minggu lepas...Hehehe, sbg anak mestilah adil meluahkan kasih sayang kepada kedua2 ibu bapa (^_^)
3 minggu lepas daku pulang ke kampung halaman. Kala itu, emosi dan fizikal daku kelesuan dan keletihan atas pelbagai ujian yg melanda. Masih lg terngiang di benak jiwa ini nasihat abah... Abah menegur diriku yg lemah dalam menempuh dugaan, yg lemah bila diuji oleh-Nya, yg lemah jati diri...Walaupun pedas segala nasihat dan teguran tersebut, namun daku akui hakikat diri ini yg saban hari makin lemas dipukul ombak ujian dari-Nya...Terima kasih abah atas nasihat dan teguran yg tidak pernah putus2...InsyaAllah anakmu ini akan berjanji untuk mengorak langkah dan menempuh segala dugaan ini dgn cekal... Ameen....
Kenapalah daku suka sgt posting psl imbas kembali jer...Bukan ape, sayang sgt pd gambar2 yg telah diambil. Every moment is precious if we appreciate it. Moga setiap aktiviti yang kami lakukan, menjadi wadah mengikat ikatan ukhuwah. InsyaAllah...
Tanggal 11 Jun dan bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. TNB REMACO Repair Centre telah menganjurkan pertandingan bowling yg disertai hampir semua warga kerja. Suasana meriah dengan gelak tawa dan gurau senda menjadi wadah ikatan ukhuwah antara semua warga kerja. Setiap kumpulan terdiri drpd 4 peserta yg diundi secara rawak. Alhamdulillah, kumpulan daku hanya mampu mendapat kutipan mata ke-5 tertinggi. Yg penting, motif utama kami adalah saling mengeratkan ikatan ukhuwah yg terjalin. InsyaAllah....